Atuk masuk penjara 20 bulan, ‘usik’ budak perempuan

Oleh – Syeikh Baran


Atuk masuk penjara 20 bulan, ‘usik’ budak perempuan

Perbuatan seorang lelaki warga emas melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dua minggu lalu berbalas apabia dia dihukum penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.



Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Jusoh Salleh, 78, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Mengikut pertuduhan, warga emas tersebut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia tujuh tahun sembilan bulan.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Kuala Telemong, Hulu Terengganu pada pukul 9.50 pagi, 6 September lalu.

Mahkamah turut memerintahkan Jusoh berada dalam pengawasan polis selama setahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara. Lelaki itu bagaimanapun dikecualikan daripada hukuman sebatan kerana faktor umur.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button