Gelagat Anak Noor Nabila, Jebat Jayden Menyanyi “Ya Hanana” [VIDEO]
Cetus Perhatian Netizen!-“Apasal Comel Sangat Ni”
Gelagat Anak Noor Nabila, Jebat Jayden Menyanyi “Ya Hanana” [VIDEO]
Siapa yang tidak kenal kakak kepada selebriti Malaysia Neelofa, iaitu Noor Nabila. Dia merupakan seorang usahawan dan ibu kepada seorang anak. Noor Nabila bersama rakan baiknya Rosix Omar sering memuat naik video yang meraih perhatian ramai di laman media sosial milik mereka terutamanya di youtube, instagram dan tiktok.
Sebelum ini, status rumah tangga Noor Nabila dan Engku Imran menjadi bualan ramai apabila ada yang mendakwa sudah retak menanti belah. Namun ianya ditepis oleh Noor Nabila apabila dia mengatakan tiada apa pun sebenarnya yang berlaku.
Mereka juga dikatakan tidak duduk sebumbung serta kedua-dua instagram pasangan tersebut tidak terdapat gambar bersama. Namun pada 25 September yang lalu, akhirnya terlerai apabila Engku Emran dan Noor Nabila disahkan bercerai dengan talak satu.
“Lama Tak Tengok Jebat Jayden Ni, Makin Hensem Dia”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @abayabykhalla yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 26 ribu, tanda suka sebanyak 528 dan sebanyak 10 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Jebat Jayden yang menyanyikan lagu nasyid dari kumpulan UNIC yang berjudul Ya Hanana. Walaupun lirik yang dinyanyikan olehnya itu ada tersalah, namun netizen memuji telatah comel dan kesungguhan Jebat Jayden itu.
@abayabykhalla
Cuba teka apa tajuk lagu yg jebat jayden nyanyi tu sayang.. 😍 #jebatjayden #jebat #jayden #fyp #fy #fypシ #fypシ゚viral
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Apa-apa pun, semoga Jebat Jayden membesar menjadi anak soleh yang taat kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.