Gelagat Sufie Rashid Mengidam, Netizen Terhibur! [VIDEO]
“Siapa Yang Preggy Ni..”
Gelagat Sufie Rashid Mengidam, Netizen Terhibur! [VIDEO]
Perkongsian isteri kepada penyanyi kelahiran Singapura yang juga juara Akademi Fantasia 2015 Sufie Rashid, Nurulain Md Yusof mencuri perhatian netizen di media sosial apabila berkongsi gelagat Sufie yang sedang ‘mengidam’.
Nurulain kini sedang sarat hamil cahaya mata perempuan dan usia kandungan sudah memasuki tujuh bulan dan dijangka bakal melahirkan November depan.
“Haha pecah!! Sepanjang saya pregnant, Sufie yang mengidam amcam-macam. Dahsyat betul penangan anak dia ek. Suami korang macam ni tak?-tulis Nurulain
Sufie Rashid Mengidam Durian
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Nurulain di TikTok, Sufie menceritakan kepada isterinya bahawa dia mengidam untuk makan buah Durian ketika sedang menaiki Go-Kart.
“Saya tengah main go-kart, tiba-tiba rasa macam craving. Tengah main go-kart, depan mata saya nampak durian.
Sedapnya kalau dapat Durian. Pelik laa, apa yang tak kena dengan saya?.”-kata Sufie kepada Nurulain
@nuraaenn
Haha pecahhhhhh! Sepanjang i pregnant, Sufi yang mengidam macam macam. Dasat betul penangan anak dia ek 🤣 Suami korang mcmni tak? @Sufi Rashid #suamimengidam
“Siapa Yang Preggy Ni, Daddy Pulak Mengidam…”
Perkongsian gelagat Sufie mencetuskan rasa terhibur netizen di ruangan komen, malah ramai yang berkongsi situasi serupa mengenai si suami yang mengidam ketika isteri sedang hamil.
“Hahaha sama! Suami saya mengidam nasi ayam dan Cik B fish skin 🤣🤣.”
“Baik, gi cari durian…Craving rabak ni 🤣😂😆.”
“My hubs pon! Bile i ygan pregnant, dia ngidam 🤭.”
“Ain kalau gelak macam tu maknanya memang betul kelakarlah kan 😅.”
“hahaha sape yang preggy ni 🤣 daddy pula ngidam.”
“Suami i tak mengidam pun 😁😁😁😁 dulu i mengidam nak makan ayam bakar madu ngan satay kat east coast nak kene bau-bau bakar-bakar tu baru boleh makan 😂😂😂.
Sekadar info, Sufie Rashid dan Nurulain Md Yusof telah mendirikan rumah tangga pada 21 September 2019.
Gelagat Sufie Rashid Mengidam, Netizen Terhibur! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiga Ahli GISBH Di Dakwa Atas Pertuduhan Liwat
- Polis Gagalkan Usaha 5 Ahli GISBH Lari Ke Thailand
- Masa depan politik PAS malap jika terus dipimpin Haji Hadi.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota