Perang mulut Dr Akmal-Teresa tamat – Zahid

Oleh – Syeikh Baran


Perang mulut Dr Akmal-Teresa tamat - Zahid

Perang mulut antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh dan Naib Presiden DAP, Teresa Kok membabitkan isu pensijilan halal dianggap tamat, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata beliau sendiri yang meredakan ketegangan antara kedua pihak.

“Dah… dah ‘tone down’… saya telah berjumpa dengan Dr Akmal sendiri pada 14 September lalu.

“… dan saya juga telah memberitahu kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengenai perkara itu.

“Bahkan, malam tadi saya telah keluarkan kenyataan rasmi keputusan Kabinet bahawa tidak ada kewajipan mana-mana restoran untuk memohon sijil halal tetapi dasar lama kekal.



“Jadi isu (sijil halal) itu telah tutup,” katanya ketika ditemui media di Kem Mahkota, di sini hari ini.

Semalam, Kabinet bersetuju mengekalkan dasar sedia ada iaitu permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah bersifat sukarela.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button