SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?

Oleh Adam Malik

SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?

Semua orang masih ingat lagi akan peristiwa bagaimana perbualan pemimpin nombor satu negara Datuk Seri Najib di “wiretapped” oleh SPRM dan disiarkan bualan nya oleh Lateefa Koya.



Ketika itu kes terhadap DSNR tidak ada bukti yang kukuh dan ramai rakyat tidak mempercayai akan kes yang dicipta bentuk ter hadap DSNR.

Maka sebahagian bualan DSNR telah diintip dan disiarkan.

Peristiwa ini sungguh memalukan negara kerana mendedahkan cara Modus Operandi sebuah badan agensi negara.



Negara lain juga ada lakukan hal sama tetapi mereka tidak dedah hasil yang dirisik melainkan bertindak dengan apa yang didapati dari bualan risikan.

Hasil nya Malaysia mendapat malu dan dipinggir oleh beberapa negara teluk kerana mereka hilang kepercayaan terhadap Malaysia.



Berbalik kepada isu diatas, seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Dr Puad Zarkashi ada menyindir SPRM berkaitan hal ini.

Mustahil SPRM boleh intip bualan pemimpin nombor satu negara tetapi gagal intip bualan keluarga Muhyiddin atau menantu nya.

Dari segi saikoloji sudah pasti anak Muhyiddin merindui suami nya dan pasti akan ada bentuk kominikasi terjalin untuk melepaskan rindu kerana mereka masih berstatus suami isteri yang sah.

Cara lain adalah merisik sesiapa kalangan keluarga Muhyiddin yang pergi keluar negara dan ” follow” mereka untuk mengetahui kemana mereka tuju.



Sebenarnya banyak cara untuk kutip maklumat jika benar SPRM mahu cekup segera menantu Muhyiddin sekaligus seret Muhyiddin sama.

Jika dulu Najib masib berjawatan nombor satu negara pun SPRM mampu risik, apakah takat taraf menantu kepada Muhyiddin SPRM hilang cara?

Harap harap cerita tentang ada orang dalam yang bantu lindung semua ini tidak benar dan sekadar gosip politik sahaja.

Tan Seri Azam Baki pasti mahu membuktikan dirinya berkemampuan atasi segala masalah.



Kita perlu letak kepercayaan kepada beliau dengan sepenuh nya.

Menantu Muhyiddin terpaksa melarikan diri kerana kes terhadap beliau terkalu kukuh dan jika didakwa dan disiasat pasti akan memetik hama orang tertentu yang membuat beliau berani bertindak.

Maka untuk selamatkan Muhyiddin dan Parti Bersatu beliau dinasihatkan lari keluar negara bersama Peg uam beliau.

Sehingga kini masih tiada khabar berita berkenaan dimana keberadaan menantu Muhyiddin walau ada suara suara nakal menyatakan beliau tidak berada jauh dari negara Malaysia.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button