Gelagat Aaisyah Jadi ‘Stylist’ Che Ta, Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

“Mummy Kena Pakai Macam Ni Baru Cantik”

Gelagat Aaisyah Jadi ‘Stylist’ Che Ta, Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

Gelagat Aaisyah Jadi ‘Stylist’ Che Ta, Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.



Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

“Tudiaa, Dia Punya Reaksi Muka Macam Pereka Fesyen Terkenal”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 62 ribu, tanda suka sebanyak 2,713 dan sebanyak 36 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang menanyakan kepada Aaisyah baju manakah yang sesuai untuknya pakai ketika menghadiri majlis hari lahir.

@rozitachewan1



Mummy dh tak yah bayaq stylist dh lepaih ni 🤣🤣🤣 Senang dh kami , dia tau ja mummy ada bday party nk kena p , dia yg kelupoq dok peqoseh baju mummy 🤪🤪🤪 Lega la mak hang ! . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan #fyp

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa gaya Aaisyah bercakap seperti pereka fesyen yang telah berpengalaman lama.

Gelagat Aaisyah Jadi ‘Stylist’ Che Ta, Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button