Intan Najuwa Kongsi ‘Baby Cot’ Anak Sulung, Lain Pula Yang Netizen Nampak? [VIDEO]
“Kayangan Betul Baby Dia..”
Intan Najuwa Kongsi ‘Baby Cot’ Anak Sulung, Lain Pula Yang Netizen Nampak? [VIDEO]
Umum mengetahui kini pelakon, Datin Intan Najuwa semakin giat membuat persiapan menanti kehadiran cahaya mata perempuan selepas disahkan hamil selepas setahun mendirikan rumah tangga.
Terkini, Intan menerusi video yang dimuatnaik di TikTok memaparkan katil baby (baby cot) yang berwarna merah jambu dan putih ditempah secara khas buat bayi sulungnya itu.
“A fairy tale of a little girl 🎀💕.”-kapsyen Intan Najuwa di TikTok
@intannajuwaaa A fairy tale of a little girl 🎀💕
Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat persiapan Intan Najuwa buat bayinya itu yang serba mewah, malah ramai yang ‘terkejut’ melihat harga changing mat berjenama Perancis, Atelier Choux yang bernilai ribuan ringgit.
“Perghh Atelier Choux, kayangan betul baby dia. Semoga dipermudahkan urusan bersalin Datin.”
“Terkejut tak ya anak dia, yang mak dia Intan Najuwa 😭.”
“Siapa la agaknya yang bakal jadi baby Intan Najuwa nanti 😂.”
“Bestnya jadi baby dia 😭.”
“Rezeki hamba Allah ni sejak dalam perut ibunya lagi. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan Intan ketika melahirkannya nanti, Aamin.”
“Kita nak beli baby cot yang RM300 pun fikir banyak kali.”
“Selimut tu jenama Atelier Choux.”
Sekadar info, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu. Hasil perkahwinan, pasangan ini dijangka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Intan Najuwa Kongsi ‘Baby Cot’ Anak Sulung, Lain Pula Yang Netizen Nampak? [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota
- Tiga Ahli GISBH Di Dakwa Atas Pertuduhan Liwat
- Polis Gagalkan Usaha 5 Ahli GISBH Lari Ke Thailand
- Masa depan politik PAS malap jika terus dipimpin Haji Hadi.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?