Penganjur skim pelaburan, Jual Beli Due Kutu’ direman tiga hari lagi

Oleh – Syeikh Baran


Penganjur skim pelaburan, Jual Beli Due Kutu’ direman tiga hari lagi

Tempoh reman seorang peniaga produk kosmetik yang disiasat atas dakwaan menjadi dalang skim pelaburan tidak wujud dikenali sebagai ‘Jual Beli Due Kutu’ melibatkan kerugian RM 151,945 ditambah tiga hari lagi sehingga lusa.



Permohonan sambungan reman itu dibenarkan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Sebelum ini wanita berusia 31 tahun itu telah ditahan reman selama dua hari bermula Rabu lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kosmo! semalam melaporkan peniaga produk komestik tersebut diberkas di rumahnya di Pengkalan Nyireh, Kampung Raja di sini pada pukul 10 malam, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, penahanan itu selepas pihak polis menerima 17 aduan berhubung kes penipuan pelaburan ‘Jual Beli Due Kutu’.



Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek mempromosi skim pelaburannya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Kebanyakan mangsa pelaburannya merupakan kenalan dan pelanggan produk komestik suspek,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button