Kerja rumah ‘extra’ bantu PDRM benam Sabah
Kerja rumah ‘extra’ bantu PDRM benam Sabah
Kuala Lumpur: Usaha berterusan barisan kejurulatihan PDRM FC dengan memberi ‘kerja rumah’ lebih kepada pemain ternyata memberi pulangan lumayan apabila mampu menumpaskan Sabah FC, semalam.
Penolong jurulatih PDRM FC, Eddy Gapil berkata, pihaknya mengkaji corak permainan yang ditampilkan Sabah FC apabila sering memanfaatkan situasi bola mati kepada jaringan selain turut berkemampuan menjaringkan gol menerusi sepakan sudut.
Beliau berkata, barisan kejurulatihan menyediakan latihan intensif kepada pemain bagi mengatasi kelemahan terbabit sejak beberapa minggu lalu dan ternyata tindakan itu membuahkan hasil positif.
“Kami sudah kenal pasti beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki segera terutamanya ketika berdepan Sabah FC. Jika diikutkan Sabah FC mendapat 10 sepakan sudut namun kita berjaya menghalang daripada menjaringkan gol.
“Tahniah saya ucapkan kepada barisan pemain kerana cukup berdisiplin ketika bertahan terutamanya selepas kita menyumbat gol kemenangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beginikah Cara Pendidikan Islam Di GISBH
- Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah Dan Mohon Kurang Ikat Jamin
- Kerosakan PAS bermula dari kepimpinan atasan.
“Barisan pemain menunjukkan semangat juang tinggi untuk membawa pulang tiga mata penting. Apa yang kita lakukan pada sesi latihan diterjemahkan pada perlawanan menentang Sabah FC,” katanya.
Pada perlawanan petang semalam menyaksikan PDRM FC membenam Sabah FC 1-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Selayang.
Barisan anak buah P Maniam cukup kental apabila berjaya mengekang setiap asakan ketika perlawanan dilihat lebih dikuasai pasukan pelawat.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain import PDRM Ifedayo Olusegun sekali gus menyaksikan PDRM berjaya memperbaiki kedudukan Liga Super untuk berada di tempat keenam.
Sabah FC pula mencatatkan kekalahan keempat dan kini menghuni tangga kelima Liga Super.
Kerja rumah ‘extra’ bantu PDRM benam Sabah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota
- Tiga Ahli GISBH Di Dakwa Atas Pertuduhan Liwat
- Polis Gagalkan Usaha 5 Ahli GISBH Lari Ke Thailand
- Masa depan politik PAS malap jika terus dipimpin Haji Hadi.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?