32 ‘mat rempit’ dibawa solat Subuh berjemaah, dengar tazkirah

Oleh – Syeikh Baran


32 'mat rempit' dibawa solat Subuh berjemaah, dengar tazkirah

Seramai 32 ‘mat rempit’ dibawa bersama menunaikan solat Subuh berjemaah dan mendengar tazkirah selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan, di sini, pada Ahad



Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kesemua individu berusia 15 hingga 25 tahun itu didedahkan dengan aktiviti kerohanian termasuk solat Subuh.

“Selesai dokumentasi di di Balai Polis Tun HS Lee, mereka turut didedahkan dengan motivasi, solat Subuh berjemaah dan dilanjutkan dengan tazkirah ringkas di Surau An Nazahah JSPT Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Jelas beliau, program yang bersifat keagamaan dan ilmiah itu diharapkan memberikan kesedaran kepada ‘mat rempit’ yang ditahan di Jalan Tun Razak, di sini, pada awal pagi tadi.

“Pendekatan keagamaan dan ilmiah kepada ‘mat rempit’ itu diharapkan dapat membantu mereka untuk menunjukkan akhlak lebih mulia kepada masyarakat,” katanya.



Mengulas lanjut, Mohd Zamzuri berkata, sebanyak 157 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, tiada nombor pendaftaran serta motosikal di ubah suai.

“Ibu bapa juga disarankan agar lebih memberi perhatian kepada anak-anak dan menjadikan mereka rakan untuk berkongsi pengalaman dan masalah yang dihadapi.

“Secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan fokus mereka terhadap aktiviti yang melanggar undang-undang jenayah atau lalu lintas,” katanya.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button