Belanjawan 2025 dijangka memperuntukkan lebih banyak dana subsidi bersasar

Belanjawan 2025 dijangka memperuntukkan lebih banyak dana subsidi bersasar

Belanjawan 2025 dijangka memperuntukkan lebih banyak dana subsidi bersasar
PEMANDANGAN Kuala Lumpur – Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Belanjawan 2025 dijangka akan memperuntukkan lebih banyak dana untuk subsidi bersasar terutamanya bagi barangan keperluan harian, serta terus memperkasakan bantuan tunai kepada golongan B40 dan M40.

Penganalisis ekonomi, Dr Mohamad Khair Afham Muhamad Senan berkata, Belanjawan 2025 juga dilihat bakal memperuntukkan perbelanjaan lebih besar berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, ini sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menstabilkan inflasi dan menangani kos sara hidup, di samping memperkukuh Ekonomi Madani serta mencapai matlamat pembangunan mampan.



“Fokus utama termasuk inovasi digital, peningkatan daya saing sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam kewangan Islam serta sektor teknologi hijau.

“Sebagai contoh, pada Belanjawan 2024, peruntukkan pendidikan mencecah RM58.7 bilion, yang menunjukkan peningkatan dari RM55.2 bilion pada 2023.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota




“Peningkatan berterusan dalam perbelanjaan sektor utama seperti ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk terus memperluas pelaburan dalam sektor yang memacu pertumbuhan jangka panjang.

“Belanjawan 2025 juga dijangka akan memperuntukkan lebih banyak sumber untuk sektor digital, automasi, serta teknologi mesra alam, dengan fokus kepada Kecerdasan Buatan (AI) dan tenaga hijau sebagai pemacu pertumbuhan masa hadapan,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, berdasarkan trend terkini dan inisiatif yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024, beberapa sektor dan industri dijangka terus menerima tumpuan kerajaan dalam usaha memperkukuh ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, salah satu fokus utama kerajaan dalam Belanjawan 2025 kemungkinan besar adalah menangani kos sara hidup dan menstabilkan inflasi.



“Dalam Belanjawan 2024, kerajaan sudah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Melihat kepada cabaran ekonomi global yang berterusan, Belanjawan 2025 dijangka memperuntukkan dana lebih besar bagi subsidi bersasar kepada golongan sasaran,” katanya.

Belanjawan 2025 dijangka memperuntukkan lebih banyak dana subsidi bersasar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button