Berhati Hati Dengan Ulamak Jahat

Berhati Hati Dengan Ulamak Jahat

Berhati Hati Dengan Ulamak Jahat

 

Laksamana Hang Tuah meninggalkan pesan kepada kita, sekiranya menurut biar berakal dan sekiranya mengikut biar pintar.

Mungkin beliau tidak mahu anak cucu beliau melakukan kesilapan yang pernah beliau lakukan, taat yang tiada penghujungnya.



Di mana akhirnya ketaatan itu menutup mata hati kita dari melihat kebenaran dan keadilian.

Isu yang kini hangat diperkatakan ialah mengenai kes penderaan kanak-kanak yang dikatakan dilakukan oleh pengurusan GISBH.

Sangat mengejutkan kita semua, bagaimana sebuah organisasi yang berpenampilan Islam boleh melakukan perkara sejijik itu.

Admin tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana ianya masih lagi dalam siasatan polis.



Namun sekiranya ia benar-benar berlaku, mereka yang melakukannya mesti di heret ke muka pengadilan tanpa pengecualian.

Apa yang mahu kita bahaskan di sini ialah, mengapa dan bagaimana perkara ini boleh berlaku dalam masyarakat kita.

Penyumbang utama adalah kerana sikap taksub segolongan masyarakat kita kepada pemimpin yang menjanjikan syurga kepada mereka.

Mereka diindoktrinasikan supaya tidak mempersoalkan kewajaran tindakan dan akhlak pemimpin mereka.



Mereka terpesona dengan penampilan, ketinggian ilmu dan kata-kata pemimpin mereka.

Ketaatan mereka kepada pemimpin tidak ada penghujung malah boleh dikatakan melebihi ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya.

Golongan ini lupa, sekiranya ilmu dijadikan kayu ukuran untuk kita taat kepada pemimpin, antara makhluk Allah SWT yang tinggi ilmunya adalah Iblis laknatullah.

Sekiranya penampilan berserban dan berjubah menjadi kayu ukuran kepada ketaatan, Abu Lahab dan Abu Jahal juga berserban dan berjubah.



Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT bukan dinilai dari ilmu atau penampilan.

Tetapi ianya mesti diukur dengan akhlak pemimpin tersebut.

Pokok kepada iman adalah taqwa dan pokok kepada taqwa adalah akhlak.

Rasulullah SAW bersabda:



إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

Mafhumnya:

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.”

Riwayat Ahmad (8952)



Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat.

Berhati Hati Dengan Ulamak Su’

Menurut Biar Berakal, Mengikut Biar Pintar

Sama ada di dalam politik, mahu pun di dalam NGO atau apa-apa pertubuhan yang menggunakan nama Islam, berhati-hatilah.

Jangan sampai kita terjebak dan terpengaruh kepada ulamak yang jahat yang menjanjikan syurga.

Pemimpin itu sendiri belum terjamin syurganya, jadi di mana rasionalnya mereka boleh menjanjikan syurga kepada orang lain.

Tidak ada di dalam ajaran Islam kita boleh dengan sewenang-wenangnya menuduh orang Islam yang tidak sealiran dengan kita kafir.

Gunakan akal yang dikurniakan Allah SWT untuk menilai.

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button