Pencalonan Hamzah tercemar jika Bersatu tewas DUN Mahkota.
Oleh Adam Malik
Pencalonan Hamzah tercemar jika Bersatu tewas DUN Mahkota.
Sebenarnya apa yang menarik perhatian atau tertarik dari jadi perhatian adalan penamaan calon Hamzah Zainuddin sebagai Timbalan Presiden Parti Bersatu.
Sehingga saat kini belum ada terlihat nama nama lain dari parti Bersatu yang telah meletakan nama menjadi calon untuk jawatan tersebut.
Pergolakan dalaman politik terjadi pada dua situasi berkaitan Parti Bersatu.
Pertama pergolakan sesama parti, atau inter-parti antara PAS dan Parti Bersatu , dan kedua antara dalaman kepimpinan Parti Bersatu sendiri.
Cuma , kisah perang sesama parti dan antara ahli parti tidak diperbesarkan oleh media yang banyak pro kepada Perikatan Nasional dan Parti Bersatu.
Musuh kepada Hamzah diandai adalah antara Azmin Ali dan atau Faizal Azumu @ Peja. 0
Hamzah sebenarnya menyasarkan jawatan Presiden yang disandang oleh Muhyiddin Yassin secara tebuk atap.
Namun jawatan itu telah dikunci dan ditutup dari dipertandingkan oleh Muhyiddin Yassin.
Apa yang dilihat tersangat hambar pada kempen calon dari Parti Bersatu adalah tiada kerjasama yang datang dari dalaman Parti Bersatu sendiri dan juga pendirian cuci tangan oleh parti PAS.
Hampir kesemua kempen dan himpunan calon dari Perikatan Nasional ini terlihat hambar dan malap akibat pergeseran yang sedang berlaku.
Seolah olah ada pihak dari PN sendiri bagai sabotaj himpunan pemimpin pemimpin dari lain lain faction dalam Bersatu dan dalam PN.
Namun, harus diingat ,kemaraan BN dalam mempromosi calon mereka Syed Hussien langsung tidak menumpang kepada kelemahan dari pihak lawan.
Syed Hussien berada di kelasnya tersendiri dengan kredential yang dimiliki tanpa perlu tumpang kepada kelemahan pihak lawan.
Kedudukan Syed Hussein boleh dianggap setara dengan calon BN di DUN Nenggiri YB Awie.
Nama dan hasil kerja telah pun dibentuk sebelum ada apa apa pencalon atau kekosongan jawatan DUN.
Kembali kepada topik kita, sebenar nya yang berada didalam keadaan tergugat dan tidak senang , bukan sahaja Coach Bola Saudara Haizan yang menjadi calon dari Bersatu, tetapi juga nama Hamzah Zainuddin.
Kekalahan kepada Saudara Haizan akan melondehkan lagi banyak tengkorak dalam almari dalam parti Bersatu dan juga dalam Perikatan Nasional.
PAS sudah pun terlihat mencuci tangan lebih awal seolah olah tahu apa akan terjadi.
Disatu pihak Bersatu pula sudah ada maklumat skandal tanah PAS kepada sebuah syarikat luar Kelantan.
Ini mungkin beri petunjuk kepada orang Melayu apa akan terjadi apabila dua parti pengkhianat bang sa duduk sebumbung semata mata untuk puaskan hati kepada Raja Pengkhianat.