Warga asing larikan, laku amang seksual terhadap budak perempuan direman

Oleh – Syeikh Baran


Warga asing larikan, laku amang seksual terhadap budak perempuan direman

Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki melarikan dan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di sekitar Seri Kembangan, di sini semalam.



Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian berlaku kira-kira 11 malam semalam ketika ibu mangsa iaitu warga tempatan sedang bekerja tidak jauh daripada lokasi kejadian.

“Sebelum kejadian itu berlaku, mangsa sedang bermain bersama kawan-kawannya tidak jauh daripada lokasi tempat ibu mangsa bekerja.

“Suspek adalah lelaki warga asing berusia 35 tahun itu kemudiannya berjaya ditangkap tidak lama selepas kejadian berkenaan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas suspek mendapati warga asing berkenaan memiliki bahan lucah dalam simpanannya.



Katanya, semakan lanjut mendapati suspek terbabit tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Ujian urin ke atas suspek didapati negatif dan dia direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 27 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button