Pemilik syarikat emas tipu GST RM2.22 juta

Oleh – Syeikh Baran


Pemilik syarikat emas tipu GST RM2.22 juta

Seorang pemilik syarikat berkaitan pembelian emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas lapan pertuduhan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai keseluruhan RM2.22juta antara 2017 dan 2018.



Mohd. Hasriq Zahari, 38, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Berdasarkan empat pertuduhan, lelaki itu didakwa memberikan maklumat tidak betul berhubung cukai input dan output yang diikrar dalam penyata GST-03.

Ini bagi tempoh bercukai secara berperingkat antara 1 April hingga 2017 hingga 30 Jun 2018 yang menyebabkan kekurangan cukai yang dibayar berjumlah RM2. 22 juta.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 88 (c) Akta GST 2014 boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM50, 000 atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan bagi setiap pertuduhan.



Selain itu, OKS juga suatu penalti yang bersamaan dengan amaun cukai yang terkurang dikenakan sedemikian jika penyata atau maklumat itu telah diterima sebagai betul.

Mohd. Hasriq turut didakwa empat pertuduhan berkaitan membuat catatan palsu dalam penyata sama berjumlah RM2. 22 juta dengan niat untuk mengelak cukai seterusnya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 89 (1) (b) Akta GST 2014.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan denda sehingga 20 kali ganda amaun cukai atau kedua-duanya.

Kesemua perbuatan dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pelabuhan Klang antara 12 Julai 2017 hingga 17 Julai 2018.



Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Mazliza Abdul Wahid manakala OKS diwakili Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 23 Oktober depan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button