Hari ini merupakan pendakwaan kedua terhadap Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30, selepas didakwa dan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalahguna wang berjumlah RM63,605 berhubung tujuan infaq di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Pada Julai lalu, Alif dan Aisyah telah direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.
Perintah reman itu dibuat selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahannya.
Sejurus direman, pasangan itu kemudian membuat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar penahan reman itu yang dibuat mengikut Seksyen 23 SPRM berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.
Bagaimanapun Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan semakan pasangan itu apabila mendapati Mahkamah Majistret Putrajaya telah mematuhi peruntukkan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Sebelum ini pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.
Pasangan suami isteri itu turut menegaskan dia dan suami tidak pernah menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi.
Sumber – KOSMO! ONLINE