Pemilik restoran tampal laporan polis nafi ada kaitan dengan GISBH

Oleh – Syeikh Baran


Pemilik restoran tampal laporan polis nafi ada kaitan dengan GISBH

Sebuah restoran milik GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Seremban 2 di sini dilihat telah menurunkan logo syarikat mereka selain menampal laporan polis mendakwa tidak menggunakan ‘air berkat’.



Berdasarkan laporan polis yang ditampal di pintu premis, pemiliknya memaklumkan laporan itu dibuat selepas pemilik akaun Facebook Pukas Malaysia menyatakan setiap premis menggunakan perkataan Ikhwan telah menggunakan ‘air berkat’ untuk menarik pelanggan.

Pemilik premis itu turut mendakwa, kedai-kedai Ikhwan adalah berlainan pemiliknya dan restoran mereka tiada kaitan dengan syarikat yang didakwa.

“Disebabkan kedai kami menggunakan perkataan Ikhwan, sedikit sebanyak telah mendatangkan kesan terhadap perniagaan kami.

“Ini kerana masyarakat beranggapan semua kedai bernama Ikhwan adalah sama dan dengan ini saya ingin menafikan tuduhan yang telah dilemparkan terhadap kedai kami,” katanya.



Tinjauan Kosmo! mendapati terdapat empat salinan laporan polis yang ditampal pada pintu restoran berkenaan.

Bagaimanapun, premis itu difahamkan telah ditutup sejak minggu lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button