Tiga tauke katering jadi mangsa ‘scam’ di Seremban
Oleh – Syeikh Baran
Polis menerima sebanyak tiga kes membabitkan penipuan sindiket tempahan makanan membabitkan kerugian berjumlah RM90,750 bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, modus operandi sindiket itu membabitkan tempahan makanan serta cenderahati dalam kuantiti besar secara dalam talian menggunakan nama agensi-agensi kerajaan dan mangsa pula adalah katerer.
“Setelah persiapan dibuat semakan dengan agensi terlibat mendapati tempahan tersebut rupa-rupanya tidak wujud.
“Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599,” katanya kepada pemberita hari ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE