Anggota tentera ditembak disangka binatang liar

Oleh – Syeikh Baran


Anggota tentera ditembak disangka binatang liar

Disangka binatang liar, menjadi alasan dua lelaki tempatan yang ditahan selepas menembak seorang anggota tentera, Koperal Petrus Linggi Liman yang sedang menjalani Eksesais Pasak Bumi (EPB) Batalion Ke-3 Rejimen Renjer Diraja di kawasan hutan Jalan Multipass Link, Song, Kapit.



Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata kedua-dua suspek berusia 31 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 6 petang semalam hasil maklumat yang diperolehi daripada orang awam.

“Kedua-dua suspek didapati menjalankan aktiviti memburu secara haram dan salah seorang daripadanya melepaskan tembakan ke arah mangsa yang disangka binatang liar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Katanya turut dirampas selaras senapang patah buatan sendiri dan peluru jenis penabur.

Justeru, Mancha berkata permohonan tahanan reman akan dibuat ke atas kedua-dua suspek di mahkamah, dengan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button