KPN: Tidak Benar Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai

KPN: Tidak Benar Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai

KPN: Tidak Benar Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai

 

Dalam sidang media yang diadakan berkaitan Op Global ke atas syarikat GISBH, Ketua Polis Negara, Razarudin Hussain memaklumkan polis telah merampas beberapa haiwan kepunyaan GISBH.

Jumlah keseluruhan haiwan yang dirampas adalah sebanyak 26 ekor.



Haiwan-haiwan tersebut adalah sembilan ekor kuda, tiga ekor burung merak dan 14 ekor arnab.

Kuda diambil oleh pihak Unit berkuda PDRM sebanyak sembilan ekor kerana ianya tergolong dalam aset yang ditahan di bawah AMLA.

Sementara haiwan yang lain telah diserahkan kepada Jabatan Verterina untuk rawatan dan penjagaan lanjut.

@acik.mantera



Polis Nafikan Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Razarudin juga menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh sesetengan pihak.

Sebelum ini tular berita bahawa kononnya kesemua haiwan yang dirampas itu diabaikan.



Dalam sidang media yang sama, Razarudin juga memaklumkan, sebelum haiwan-haiwan tersebut diserahkan kepada Jabatan Verterina, penjagaan diuruskan oleh PDRM.

Ia termasuk memberi makanan dan minuman serta penjagaan ke atas haiwan-haiwan tersebut.

Beliau mengakui, pihaknya terkesan dengan tuduhan tidak berasas yang telah dilemparkan kepada pihak polis.

Pihak polis telah melakukan yang sebaiknya mengikut kemampuan mereka untuk memastikan haiwan tersebut tidak terabai.



Beliau juga menasihati orang ramai, terutamanya netizen agar tidak menyebarkan berita yang tidak pasti.

Kerana ia boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis.

Sebaliknya beliau menyeru semua pihak yang mempunyai maklumat atau bukti mengenai kegiatan GISBH agar tampil membantu siasatan.

Kerjasama dari semua pihak sangat diperlukan agar siasatan dapat dijalankan dengan lancar.



Supaya siasatan secara adil dan tuntas kes GISBH dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Razarudin juga memaklumkan, siasatan Op Global kini telah memasuki fasa 4.

Di samping itu, Razarudin juga menyeru kepada semua ahli GISBH yang dalam pelarian agar tampil menyerah diri.

Ini bagi membolehkan mereka diberikan bantuan oleh kerajaan dari sudut keperluan rohani dan jasmani.



 

KPN: Tidak Benar Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button