PN tandus isu, cuba kait BN dengan komunisma
Oleh Adam Malik
PN ketandusan isu , lawatan sambil belajar BN ke China dianggap ada kaitan idelogi komunisma.
Keadaan dan kedudukan politik Perikatan Nasional jelas semakin parah dan hampir nazak.
Apa sahaja yang boleh dicakau menjadi isu terhadap Barisan Nasional , pasti pihak Perikatan Nasional akan ambi
Kesempatan untuk menjadikan nya isu.
Pada beberapa hari yang lalu, apabila Ahli MKT , Dr Puad Zarkashi bersama beberapa delegasi mengadakan siri lawatan sambil belajar ke China , terus pihak dari PN membuat laporan Polis konon nya bimbang idelogi komins akan meresap melalui UMNO ke dalam Dewan Undangan Negeri Johor.
Hatta satu laporan Polis telah dibuat Dr Shahruddin Jamal sebagai Pengerusi PN Johor terhadap delegasi BN ini.
Pada fakta hal ini, sebenarnya rombongan dari BN itu sekadar meraikan 50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China dan bertumpu kepada soal pemodenan negara dalam persidangan itu.
Sebenar nya pihak PN Johor ketandusan isu dan terlalu ghairah mencari isu untuk kelebihan modal politik memandangkan tidak beberapa hari lagi adalah tarikh membuang undi bagi PRN DUN Mahkota.
Untuk maklum, pemerintah negara China sendiri ada lah dari Parti
Kominis dan berurusan niaga apa pun dengan negara China harus berurusan dengan mereka sebagai kerajaan.
Sebaik sahaja dimaklumkan bahawa Pengerusi PN Johor Dr Shahrudin telah membuat laporan Polis berkenaan kehadiran delegasi BN pada majlis sempena 50 tahun di China itu, Dr Puad Zarkashi memberi respon yang agak keras dan sinis dengan menyatakan “didalam Parti Bersatu memang terdapat ramai balqci tidak berilmu”.
Itu lah kenyataan yang sesuai untuk kelompok sebegini dimana sesuatu yang bukan isu cuba dijadikan isu.
Ia membuang banyak masa banyak pihak untuk melayan semata mata kerana sebuah PRK sedang berlangsung dan ada pihak mahukan “political mileage” dari isu yang sangat remeh ini.
Tambah lagi dengan ratib UMDAP UMDAP yang dimainkan PN , mungkin PN sangka jika dapat dikaitkan dengan komunisma maka ia lebih sesuai dengan naratif yang sedang mereka mainkan.