Fitnah saat akhir tidak ubah pendirian Pengundi DUN Mahkota.
Oleh Adam Malik
Fitnah saat akhir tidak ubah pendirian Pengundi DUN Mahkota.
Seperti biasa tiap kali ada PRK, PN perlu ada booster disaat akhir.
Kali ini Perikatan Nasional bawa Cik Gu Bard dengan kisah sensasi dan konon nya kisah pendedahan luarbiasa berkenaan calon Barisan Nasional Syed Hussein.
Pendedahan Cik Gu Bard bahawa calon BN Syed Hussein ada kes Polis dan ada rekod kes jenayah yang cuba disembunyikan.
Begitu lah konon nya skoop terbesar yang CikGu Bard bawa dan
Sangat berharap dapat menarik perhatian pengundi DUN Mahkota supaya menolak calon BN yang sekian hari dilihat semakin diterima oleh pengundi.
Cara Cikgu Bard ini sangat merugikan pengundi mana mana kawasan PRK kerana hal kemajuan kawasan dan rencana pembangunan tidak dapat diketahui oleh penduduk atas sebab isu isu sebegini menolak dan menafikan pengundi apa apa pembangunan yang sepatut calon sampaikan keraNA diganggu oleh isu remeh temeh yang dibawa oleh speaker setara belakan lori seperti Cikgu Bard.
Sebenar nya isu laporan Polis berkaitan calon BN Syed Hussin sudah pun dijawap dan disahkan oleh Polis sendiri.
Ia bukan pun kes jenayah tapi kes membantu seorang buta yang cuba dibuli oleh pihak tertentu.
Di laporkan Kedudukan sehingga kini di DUN Mahkota BN masih mendahului dari segi sambutan.
Apa yang menjadi masalah ada lah sama ada sebilangan jumlah pengundi luar terutama dari Singapura akan pulang untuk membuang undi.
Masalah kedua,konon nya sebilangan pengundi bukan Melayu masih merajuk dan enggan keluar mengundi konon nya masih marah berkaitan hal sijil halal.
Namun, jumlah ini tidak besar dan difahami kerja memujuk mereka masih diusahakan.
Apa yang perlu dikatakan sejumlah besar pengundi telah lebih awal membuat pendirian siapa mereka akan mengundi.
Isu remeh temeh dan isu sensasi saat akhir seperti yang cuba dimainkan oleh Cikgu Bard tidak akan merubah “mind set” mereka.
Untuk hal seperti ini, BN ada sedikit kelebihan dan tidak keterlaluan jika diberitahu keadaan agak cerah bagi BN.