PRK Mahkota: PN Berada Dalam Keadaan Terdesak

PRK Mahkota PN Berada Dalam Keadaan Terdesak

PRK Mahkota: PN Berada Dalam Keadaan Terdesak

 

Dr Sahruddin, Pengerusi PPBM Johor membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang atas lawatan kunjungan Speaker DUN Johor, Dr Mohd Puad bersama delegasi Barisan Nasional ke China.

Alasan Dr Sahruddin adalah kononnya kerana bimbang lawatan tersebut akan membawa ideologi komunis dalam DUN  Johor.



Sahruddin juga berkata, pihaknya bimbang fahaman komunisme akan menular dan meresap dalam kalangan ahli UMNO.

“Kita lihat dia membawa beberapa pemimpin UMNO ke sana dan melihat politik di negara China.”

“Kita sedia maklum bahawa negara China berideologi komunis.”

“Adalah di khuatiri, akhirnya DUN Johor terutamanya diresapi ideologi komunis.”



“Jadi kita harap pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil apa-apa tindakan yang betul,” jelas beliau.

Dr Puad Zarkashi sebelum ini memuatnaik mengenai lawatan tersebut di dalam akaun Facebook beliau.

Puad berkata, di China sekolah politik mereka berada di mana-mana dari peringkat pusat hinggalah ke provinsi, daerah dan perbandaran.

“Sekolah politik mereka berkembang jauh hingga ke peringkat post graduate.”



“Semua pegawai kerajaan dan ahli parti akan mengikuti sekolah politik.”

“Ini cara mereka mengindoktrinasi rakyatnya dengan ideologi Parti Komunis Cina,” jelas Puad Zarkashi.

Dari penjelasan Puad, sangat jelas kepada kita semua, apa yang cuba difahami dari lawatan tersebut adalah kaedah yang digunakan oleh Parti Komunis China.

Bagaimana mereka selama berabad-abad berjaya mengindoktrinasikan rakyat mereka dengan ideologi komunis.



Delegasi Barisan Nasional bukannya mahu mempelajari ideologi komunis dan kemudiannya membawa balik ke Malaysia.

Dalam artikata lain, mahu melihat secara dekat bagaimana kejayaan mengindoktrinasi tersebut berjaya dan boleh dikekalkan.

Apakah kaedah dan strategi yang mereka gunakan untuk mendapatkan kejayaan tersebut.

Apakah itu akan menjadikan delegasi Barisan Nasional tersebut komunis?



Kalau pun hendak menutup kelemahan jentera pilihan raya Perikatan Nasional di pilihan raya kecil Mahkota, carilah isu yang lain.

Janganlah nampak terdesak sangat hingga menjadikan sesuatu yang bukan isu sebagai isu.

 

PRK Mahkota: PN Berada Dalam Keadaan Terdesak

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button