Terjawab Mengapa Ketua Pengarah J Kom Di Gugurkan

Terjawab Mengapa Ketua Pengarah J Kom Di Gugurkan

Terjawab Mengapa Ketua Pengarah J Kom Di Gugurkan

 

Khairuddin Othman digugurkan daripada jawatan ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) hanya selepas enam bulan dilantik.

Berita ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan orang ramai.



Sebelum ini, Dr Agus juga telah digugurkan dari jawatan Ketua Pengarah J Kom kerana di dakwa terlibat dengan seks luar tabie.

Menurut sumber, antara sebab mengapa Khairuddin digugurkan adalah kerana pelbagai salah laku, termasuk pembaziran dana.

Antaranya melaksanakan pelbagai program untuk jabatan itu.

Termasuk perjalanan ke luar negara, yang tidak membawa impak tinggi



Perkara ini telah didedahkan oleh sumber berkenaan kepada Free Malaysia Today (FMT).

Di bawah pengawasan Khairuddin, J-Kom menjalankan program dan perolehan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau juga dikatakan telah memecat pegawai dilantik secara kontrak tanpa merujuk kepada Kementerian Komunikasi.

Khairuddin sebelum ini mengesahkan penamatan perkhidmatannya, tetapi enggan mengulas lanjut.



Sebaliknya, beliau meminta pihak media bertanya sendiri kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengenai perkara itu.

Fahmi pada sidang, enggan mendedahkan punca penamatan kontrak Khairuddin.

Namun menyifatkannya sebagai biasa.

Namun ada juga yang mendakwa penamatan perkhidmatan Khairuddin mempunyai kaitan dengan politik dalaman PKR.



Segelintir ahli mendakwa penyingkiran setiausaha PKR Selangor itu berkait perselisihan antara puak dalam bahagian negeri parti itu.

Puak yang menentang Khairuddin mendakwa beliau gagal melaksanakan tugasnya, lapor The Star.

Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh bagaimanapun menyangkal khabar angin itu.

Beliau berkata, parti tidak campur tangan dalam pelantikan kerajaan.



Khairuddin, bekas Adun Paya Jaras dua penggal, dilantik menjadi ketua pengarah J-Kom pada 1 Mac.

Beliau menggantikan Muhammad Agus Yusoff yang meletak jawatan pada November susulan kontroversi perbualan lucah dengan seorang lelaki.

Kita harap, selepas ini calon yang akan menggantikan Khairuddin adalah calon yang benar-benar berkelayakan dan bertanggungjawab.

J Kom adalah jentera propaganda penting kerajaan untuk menjawab segala tuduhan dari pihak pembangkang.



 

Terjawab Mengapa Ketua Pengarah J Kom Di Gugurkan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button