Syarikat Berkaitan GISBH Berisiko Di Batalkan
Syarikat Berkaitan GISBH Berisiko Di Batalkan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) akan batalkan pendaftaran syarikat berkaitan GISBH sekiranya terbukti melakukan kesalahan melanggar kepentingan awam.
Menterinya, Armizan Mohd Ali berkata, siasatan KPDN terhadap GISBH terkait kawal selia bawah Akta Syarikat 1965.
Pada masa ini, pihaknya masih menyemak semula pendaftaran syarikat induk bernaung bawah GISB serta anak syarikatnya.
Semakan ini termasuk dari aspek pematuhan penghantaran laporan tahunan dan penyata kewangan, tambahnya.
Armizan hari ini mengakui wujud cubaan pihak GISBH melindungi premis mereka daripada siasatan pihak berkuasa.
Termasuk menanggalkan serta menukar papan tanda premis menjadi nama syarikat lain.
Ia sebagaimana yang berlaku di Ipoh serta di Kota Bharu, Kelantan.
KPDN turut bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Fokusnya adalah untuk memantau produk perniagaan GISBH yang dipasarkan melalui platform media sosial.
Namun setakat ini KPDN tiada menerima laporan mengenai kesalahan itu dari aspek perihal dagangan.
“KPDN menerusi Suruhanjaya Syarikat (SSM) sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lain terutama polis.”
“Pada peringkat ini, siasatan utama dilakukan polis dan kita melihat aspek pematuhan undang-undang syarikat.”
“Kita bekerjasama rapat dengan polis untuk melengkapkan siasatan, membantu dalam apa-apa perkara terkait akta bawah bidang kuasa SSM,” jelas beliau.
Sebelum ini, Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata, SSM sudah memulakan semakan terhadap pematuhan perniagaan GISBH.
Kertas siasatan akan dibuka oleh Bahagian Pematuhan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai salah laku dari aspek perdagangan GISBH diminta untuk tampil menyalurkan maklumat.
Kerjasama dari orang ramai sangat diperlukan untuk memastikan siasatan secara tuntas dan adil boleh dilakukan.
Maklumat serta bukti boleh disalurkan kepada pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri berdekatan.
Semuga isu GISBH ini dapat di selesaikan dengan segera dan menyeluruh oleh pihak berkuasa.
Syarikat Berkaitan GISBH Berisiko Di Batalkan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Tiada Sebab Untuk PN Marah Dengan Tindakan Tegas JAIM
- Selepas Perlis Haramkan GISBH, Apa Pula Fatwa Untuk SIS
- Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri