Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
Walau pun UMNO/Barisan Nasional mendapat kemenangan bergaya di dalam pilihan raya kecil Mahkota, namun ada isu yang sangat serius mesti diambil tindakan segera.
Jumlah undi dari pengundi Cina secara keseluruhannya di pilihan raya kecil Mahkota, jelas menunjukkan kemerosotan.
Di Bandar Tengah, daerah yang mempunyai pengundi Cina paling ramai di Mahkota dengan hampir 80 peratus penduduknya adalah Cina.
Hanya 1,335 pengundi keluar mengundi, dengan 1,212 undi diraih gabungan Madani.
Dalam pilihan raya negeri Johor sebelum ini, seramai 1,925 penundi telah keluar mengundi.
Pakatan Harapan memperoleh 1,442 undi dan Barisan Nasional memperolehi 349 undi ketika itu.
Daerah pengundian majoriti bukan Melayu lain yang peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding PRN Johor termasuk Taman Lian Seng dan Indah Jaya.
Jadi, apakah faktor yang menyumbang kepada kemerosotan ini.
Adakah Kelantangan Dr Akmal Dalam Isu Sijil Halal Menjadi Faktor?
Ada beberapa pemimpin DAP mendakwa, isu kelantangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal telah menyebabkan wujud kempen boikot di kalangan pengundi Cina.
Malah, AJK DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, telah menuntut supaya Dr Akmal meminta maaf secara terbuka atas kelantangan beliau.
Ada juga pemimpin DAP yang mendakwa, kelantangan Dr Akmal telah membuatkan pengundi Cina kurang selesa dengan UMNO.
Benarkah begitu?
Persoalannya, apakah dalam pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini, DAP tidak p0ernah mengalami kemerosotan undi dari pengundi Cina?
Masih ingat lagi pilihan raya Sg Bakap?
Calon PKR/Pakatan Harapan, Dr Joohari Ariffin, tewas kepada Abidin Ismail, calon PAS/Perikatan Nasional dengan majoriti 4,267 undi.
Apakah punca kepada kekalahan calon PKR/Pakatan Harapan?
Menurut Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow, faktornya adalah kerana kemerosotan undi dari pengundi Cina.
Apakah sudah berlaku krisis antara Dr Akmal dengan Teresa Kok ketika itu?
Tangani masalah ini dengan jujur dan lapang dada.
Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kaitan Al Arqam, Rufaqa’ Dan GISBH Dengan PAS
- Syarikat Berkaitan GISBH Berisiko Di Batalkan
- UMNO Jangan Terlalu Yakin Di Mahkota