Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional

Oleh Adam Malik

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional

Muhyiddin Yassin harus bertindak selamatkan Perikatan Nasional dengan meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden Parti Bersatu sebelum PN lumpuh menjelang PRU16.



Meseg terang terangan tertera di tembok DUN Mahkota bahawa Muhyiddin harus berundur dan letak jawatan dengan segera.

Sebelum ini , mesej yang sama telah ditunjukan oleh rakyat di DUN Nenggiri kepada Muhyiddin dan Perikatan Nasional.

Muhyiddin Yassin menjadi pemimpin yang membawa kekalahan demi kekalahan kepada Perikatan Nasional di beberapa PRK yang sudah berlalu.



Muhyiddin secara tidak rasmi adalah “poster boy” kepada Perikatan Nadional.

Kini bukan sahaja PN telah hadapi kekalahan bahkan kekalahan teruk dan luarbiasa.

PAS sebagai komponen dalam PN juga tidak boleh berdiam dan harus laksanakan sesuatu kerana imej dan reputasi PN terutama nya PAS semakin parah dimata rakyat.

Belum pun PRU16, angin menolak PN yang ada Muhyiddin dan Mahathir didalam PN sudah begitu ketara.



Di DUN Nengiri misalnya, walaupun ia dikira berada di dalam gelanggang PAS , namun PAS telah ditolak oleh rakyat Nenggiri secara total.

Ini jelas membuktikan politik yang tiada bawa faedah kepada rakyat sudah tidak diterima lagi.

Jenama PN sangat buruk dimata rakyat.

Jika pilihanraya kecil bukan platform untuk rakyat meluahkan perasaan , dan sampaikan mesej, platform apa lagi yang ada?



Dengan kekalahan demi kekalahan dialami oleh PN dibawah Muhyiddin apalagi signal yang yang dimahukan oleh PN?

Kekalahan sangat signifikan dan begitu ketara diterima oleh PN atas dua sebab.

Pertama , di DUN Nenggiri ia adalah gelanggang PAS dan PN kalah teruk ditempat sendiri.

Di DUN Mahkota pula adalah negeri kelahiran Muhyiddin Yassin, pun PN kalah teruk juga.



Maka jenama PN sudah tidak diterima oleh rakyat.

PN sepatut sedar Muhyiddin Yassin banyak kes mahkamah dan bergelar Perdana Menteri gagal.

PN berisiko pupus dan dipinggir rakyat menjelang PRU16 jika masih usung jenama rosak seperti Muhyiddin Yassin.

Tiada cerita moral yang dapat disampaikan oleh penceramah PN jika PN sendiri masih tanggung beban pikul biawak hidup seperti Muhyiddin Yassin.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button