Papan tanda Ikhwan Mart diturunkan, penduduk nampak 2 lelaki naik lori

Oleh – Syeikh Baran


Papan tanda Ikhwan Mart diturunkan, penduduk nampak 2 lelaki naik lori

Papan tanda pasar segar Ikhwan Mart di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Bayan Lepas di sini yang dipercayai berkait dengan GISB Holdings (GISBH) sudah diturunkan.



Tindakan itu dipercayai dilakukan sendiri oleh individu berkaitan beberapa hari lalu setelah menutup perniagaan hampir dua minggu lalu.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Syafiq, 45, berkata, papan tanda premis yang tertera logo dan tulisan GISBH itu dipercayai sudah diturunkan sejak tiga hari lalu.

“Kami difahamkan premis tersebut akan dibuka pemiliknya dalam masa terdekat dan bakal dijenamakan semula.

“Walau bagaimanapun, kami tidak pasti tentang dakwaan (buka operasi dan penjenamaan) yang timbul itu. Memang mereka sudah tutup dan mengosongkan premis sejak lebih seminggu lalu ketika isu tangkapan dan serbuan dihebahkan di media sosial,” katanya.



Sementara itu, seorang lagi penduduk mendakwa, dia ternampak kelibat dua lelaki tanpa songkok atau kopiah di premis berkenaan pada pukul 10 malam, Khamis lalu dengan seorang daripada mereka sedang memanjat tingkap di aras dua dengan menggunakan tangga.

“Tak pasti siapa tetapi mereka datang dengan menaiki sebuah lori. Saya perasan yang papan tanda di premis berkenaan sudah ditanggalkan pada pagi semalam,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di Restoran Ikhwan Cafe di Lebuh Mcnair mendapati premis tersebut turut ditutup sejak lebih seminggu lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button