Pempengaruh pamer aksi ‘drift’ di lebuh raya direman

Oleh – Syeikh Baran


Pempengaruh pamer aksi ‘drift’ di lebuh raya direman

Seorang pempengaruh media sosial yang juga pemilik jenama kemeja-T popular di negeri ini direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes memandu kereta secara melulu pada malam hujung minggu, Sabtu lalu.



Difahamkan, lelaki berusia 20-an itu ditahan ketika dipercayai melakukan aski ‘drift’ dengan memandu kereta jenis Mazda di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Bayan Lepas.

Perintah tahanan reman yang berakhir esok itu dikeluarkan Majistret M.Yegeshweriy hari ini.

Turut ditahan reman adalah seramai 14 penunggang motosikal termasuk seorang kanak-kanak yang masing-masing berusia 12 hingga 25 tahun.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi Kosmo! berkata, kesemua mereka ditahan menerusi
Operasi Khas Samseng Jalanan yang dijalankan disekitar Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di Bayan Lepas, kelmarin.



“Siasatan ke atas semua tangkapan terbabit akan dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan memberbahaya sehingga menganggu pengguna jalan raya lain.

“Dalam operasi terbabit, kita turut mengeluarkan sebanyak 159 keping saman atas pelbagai kesalahan,” katanya di sini hari ini.

Operasi tersebut melibatkan seorang pegawai kanan polis dan 10 pegawai rendah dari Unit Risikan/ Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dengan kerjasama pegawai serta anggota polis kontinjen negeri ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button