80 kertas siasatan GISBH dibuka – Saifuddin
Oleh – Syeikh Baran
Sebanyak 80 kertas siasatan telah dibuka setakat ini ke atas GISB Holdings Sdn. Bhd.(GISBH) membabitkan empat akta.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia melibatkan Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan di bawah kanun keseksaan.
Jelasnya, tangkapan yang dibuat adalah seramai 359 orang dengan 592 kanak-kanak GISBH telah berjaya diselamatkan dan jumlah tersebut masih kekal.
“Jadi daripada 80 kertas siasatan yang dibuka, polis dan semua agensi tentunya mengambil masa untuk melengkapkan dan menyempurnakan (siasatan) sebelum diserahkan kepada AGC (Jabatan Peguam Negara).
“Sama ada, ada pendakwaan atau tidak, itu kuasa di peringkat AGC,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE