Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
Sejak tular berita mengenai kes GISBH, tumpuan masyarakat lebih terarah kepada penganiayaan dan penderaan kanak-kanak.
Tidak kita nafikan, sikap manusia yang menunggang agama dan bertopengkan penampilan Islam melakukan penderaan kanak-kanak adalah sesuatu yang sangat keji.
Mereka tidak sekadar membuat penderaan, tetapi dilaporkan juga kanak-kanak tersebut diajar meliwat dan dipaksa diliwat.
Tetapi di sebalik tumpuan kita terhadap kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di GISBH, jangan kita lupa, ada isu yang lebih besar.
Dalam artikel sebelum ini, ada didedahkan apa kaitan GISBH, Rufaqa’ dan Al Arqam.
Apa yang mengikat ketiga-tiga pertubuhan ini adalah ajaran sesat yang diasaskan oleh pengasas Al Arqam, Asha’ari Muhammad.
Walau pun Al Arqam yang diasaskan oleh Asha’ari sudah diharamkan sepenuhnya, namun ajaran sesat tersebut tetap dipertahankan oleh isteri beliau Ummu Jah.
Ummu Jah adalah pengasas kepada Rufaqa’.
Apabila ianya disedari oleh pihak berkuasa, tindakan diambil dan Ummu Jah dipanggil serta Rufaqa’ diharamkan kerana terbukti cuba menghidupkan ajaran sesat yang diasaskan Asha’ari.
Selepas pengharama Rufaqa’, ideologi sesat tersebut tetap dihidupkan semula di dalam GISB yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai GISBH.
Persoalannya sekarang adalah mengapakah pengikut ajaran sesat Aurad Muhammadiyah terlalu taksub untuk berpegang kepada ideologi sesat mereka?
Apa Aurad Muhammadiyah
Aurad Muhammadiyah diasaskan oleh Syeikh Muhammad As-Suhaimi.
Walau pun beliau telah meninggal pada tahun 1925, tetapi Asha’ari mendakwa As-Suhaimi tidak mati.
Sebaliknya Ashaari mendakwa As-Suhaimi adalah Imam Mahdi yang ghaib buat seketika sebelum kembali untuk memimpin umat Islam.
Asha’ari yang mengqiyaskan As-Suhaimi dengan Ashab al-Kahfi dan Nabi Khidir.
Ciri-Ciri Aurad Muhammadiyah Versi Asha’ari
- As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah SAW dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah SAW di dalam Kaabah.
- As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Mahdi.
- Beliau adalah khalifah Rasulullah SAW dan meletakkan setaraf dengan Khulafa’ Al-Rasyidin.
- Rasulullah SAW, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi.
- Mereka datang untuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam.
- Umpamanya mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.
- Beliau dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya.
- Ashaari dipercayai, selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, dan seorang Mujaddid akhir zaman.
- Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim.
- Iaitu satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad SAW yang memegang panji-panji Al-Mahdi.
Ajaran Sesat Yang Memesongkan Aqidah Sangat Merbahaya
Bagi kita yang waras fikiran serta serta mempunyai asas agama yang kukuh, sudah tentu akan menolak ciri-ciri Aurad Muhammadiyah versi Asha’ari.
Tetapi jangan kita lupa, ciri-ciri yang ternyata sesat itu bukan sahaja berjaya mempengaruhi golongan marhaein, tetapi juga golongan profesional yang berpendidikan tinggi.
Tidak terhadam oleh akal kita, bagaimana golongan tersebut boleh menerima ciri-ciri sesat tersebut dengan taksub.
Untuk rekod, kes Aurad Muhammadiyah bukannya satu-satu ajaran sesat yang pernah tersebar di negara kita.
Mengapakah pengasas ajaran sesat di negara kita begitu berani menyebarkan ajaran mereka sedangkan kita mempunyai pihak berkuasa yang khusus berkaitan agama?
Sekiranya di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, penganut ajaran sesat akan diperangi dan dibunuh sekiranya mereka tidak mahu bertaubat.
Bagaimana dengan undang-undang di negara kita?
Oleh kerana pentadbiran agama berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, maka hukuman adalah berbeza.
Namun secara amnya, penyebar serta pengikut ajaran sesat hanya boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 2 tahun atau denda tidak lebih RM3,000!!!
Semurah itukah aqidah umat Islam di negara kita?
Kita sibuk memperkatakan tentang 5 ciri Maqasid Syariah dalam tadbir urus.
Tetapi hukuman kerana mencuri Nescafe lebih berat dari hukuman orang yang merosakkan aqidah umat Islam.
Kita berkempen ke sana sini mengenai 6 Nilai Teras Malaysia Madani.
Namun hukuman ke atas penyeludup diesel jauh lebih berat dari hukuman orang yang merosakkan aqidah umat Islam.
Bukankah agama rasmi negara kita adalah Islam?
Sudah sampai masanya kita memperkasakan undang-undang syariah tanpa ada agenda politik di belakangnya.
Ingat, aqidah adalah batasan yang menentukan keislaman atau kekafiran manusia.
Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
Di Syorkan Untuk Anda:
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN