Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
Sumber dari PPBM memberitahu, ekoran kekalahan yang memalukan calon PPBM di pilihan raya kecil Mahkota, membuatkan kedudukan Muhyiddin ibarat telur di hujung tanduk.
Di dalam PPBM di mana beliau menjadi presiden, sudah mula ada konspirasi untuk merehatkan Muhyiddin dari terus memimpin parti tersebut.
Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin sudah mengesahkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PPBM dalam pemilihan parti yang akan datang.
Manakala untuk menyelamatkan kedudukan beliau sebagai presiden parti, Muhyiddin pula dikatakan sudah mengarahkan Azmin Ali untuk mencabar Hamzah.
Antara beberapa pemimpin PPBM yang berada dalam kem Muhyiddin dan Azmin adalah Ahmad Faizal Azumu (Peja) dan Radzi Jidin.
Peja sudah pasti mahu menggagalkan usaha Hamzah kerana disebabkan desakan Hamzah telah menyebabkan beliau dikambing hitamkan.
Tetapi Hamzah tidak bersendirian dalam menghadapi cabaran dari kem Muhyiddin dan kem Azmin.
Beliau dikatakan mendapat sokongan padu dari beberapa pemimpin dari Keluarga Malaysia.
Mungkin ada yang menganggap, teori ini tidak relevan kerana Keluarga Malaysia berada di luar PPBM.
Jangan lupa, Keluarga Malaysia mendapat sokongan yang kuat dari mantan perdana menteri, Dr Mahathir.
Kecuali Khairy Jamaludin (KJ), Dr Maahathir tidak ada masalah dengan pemimpin lain dari Keluarga Malaysia.
Berbanding dengan Muhyiddin dan Azmin Ali, masih ada unfinished business antara mereka bertiga.
Pengaruh Dr Mahathir di dalam PPBM tidak boleh dipandang ringan.
Lebih menarik lagi, anak dara pingitan yang menjadi rebutan antara kedua-dua kem tersebut adalah Ronald Kiandee.
Kedua-dua kem dikatakan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memikat Ronald Kiandee.
Apa Agenda Dr Mahathir Dalam Perebutan Dalaman PPBM
Tidak sukar untuk kita jangkakan, agenda Dr Mahathir adalah untuk menumbangkan kerajaan sekarang.
Satu-satu cara untuk Dr Mahathir melepaskan diri beliau dan anak-anak beliau dari kes mahkamah adalah dengan menjatuhkan kerajaan.
Hasrat Dr Mahathir disuarakan dengan jelas melalui Ketua Penerangan PPBM, Razali Idris.
Razali mencabar Anwar untuk bubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 16.
Apa yang membuatkan Dr Mahathir yakin sekiranya pilihan raya umum diadakan, kerajaan sekarang akan tumbang?
Jawapannya ada pada kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen Parit Buntar dari PAS, Mohd Misbahul Munir Bin Masduki.
Secara terbuka beliau mengatakan, PAS sedia tolak PPBM untuk bekerjasama dengan UMNO.
Tetapi sekiranya Hamzah berjaya menjadi presiden PPBM dan UMNO serta PAS bekerjasama, maka strategi Dr Mahathir akan berjaya.
Semenatara Keluarga Malaysia pula akan diberi 2 peranan utama.
Kumpulan pertama akan cuba menguasai PPBM yang dipimpin oleh Hamzah.
Dan kumpulan kedua pula akan cuba menjatuhkan DS Zahid untuk menguasai UMNO.
Manakala PAS pula akan cuba dikuasai oleh Dr Mahathir kerana beliau sudah mula mengukuhkan pengaruh melalui jawatan penasihat ekonomi SG4.
Sebab itulah Dr Mahathir berani berkata, walau pun ada majoriti dua pertiga, Anwar boleh jatuh bila-bila masa.
Jadi, kepada pihak yang berkenaan, berhati-hati di jalanraya.
Legend sudah berbunyi, Keluarga Malaysia mula mengatur strategi.
Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
Di Syorkan Untuk Anda:
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN