Siasatan GISBH: Saifuddin letak kepercayaan penuh kompetensi PDRM
Oleh – Syeikh Baran
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meletak sepenuh kepercayaan terhadap kompetensi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguruskan siasatan yang dijalankan ke atas GISB Holdings Sdn. Bhd.(GISBH).
Menurut beliau, sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan harus diambil dan diteruskan.
“Saya mendukung sepenuhnya tindakan yang dilakukan oleh PDRM ke atas GISB, (jika) berlaku eksploitasi wanita dan kanak-kanak, ada bukti, teruskan. (Kes) di bawah kanun keseksaan, ada teruskan. Di bawah kesalahan-kesalahan seksual kanak-kanak, teruskan.
“Di bawah ATIPSOM (Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007), buka siasatan. Kalau ada elemen buruh paksa, bekerja tetapi tidak dibayar gaji, buka siasatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE