[VIDEO] ‘Tak boleh lari dik, tepi ayah depan mak’

Oleh – Syeikh Baran


[VIDEO] ‘Tak boleh lari dik, tepi ayah depan mak’

Gelagat dan telatah seorang bapa yang mengambil kad laporan walaupun si isteri merupakan guru kelas anaknya mencuri perhatian warga media sosial hari ini.



Menerusi video tular dimuat naik seorang guru sekolah agama dikenali sebagai @sazah_jue, suaminya hadir ke sekolah bagi mengambil kad laporan anak mereka.

Di permulaan video, isteri suami tersebut yang merupakan guru kelas menghulurkan tangan untuk berjabat sebelum membincangkan selanjutnya tentang prestasi anak mereka.

Sementara itu, anak lelaki mereka yang berada di sebelah bapanya tersenyum-senyum memerhatikan gelagat kedua ibu bapa mereka ketika melihat kad laporannya.

Si bapa kemudiannya bertanya adakah si anak mempunyai masalah di sekolah kemudian isterinya menjawab ‘banyak main, hafazan pun tak lancar’ sambil menjegilkan mata terhadap murid berkenaan.



“Bicara akademik ke bicara anak-beranak ni? Mohon jangan kecam ya. Tak akan maknya nak syok sendiri ‘sign report card’. Dah tentu bapak dia kena datang,” tulis guru berkenaan di ruangan kapsyen.

Di penghujung video, penilaian itu berakhir dengan pukulan ‘manja’ guru berkenaan terhadap anaknya sambil ayahnya bergelak tawa.

Sehingga kini videonya mendapat lebih 936,900 tontonan, 28,900 tanda suka dan 1,830 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur melihat gelagat anak-beranak serta mendoakan agar diberikan kebahagian mereka sekeluarga.



“Tak boleh dah anak. Tepi bapanya, depan maknya. Nasiblah dik, balik rumah mesti kena lagi,” komen Julia.

“Ini dikatakan rumah tangga bahagia bawa sampai ke sekolah. Berani ye cikgu salam bapa murid,” usik Kalsom pula.

“Habislah anak dengan bapanya mesti ayahnya pun terkena tempias dekat rumah. Apa-apa pun saya doakan kebahagiaan kak sekeluarga,” komen Abang K pula.

Sumber – KOSMO! ONLINE



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button