Wanita ‘jaja’ heroin, syabu di Benut dicekup

Oleh – Syeikh Baran


Wanita ‘jaja’ heroin, syabu di Benut dicekup

Seorang wanita dicekup selepas disyaki terlibat dalam aktiviti haram dengan menjual dadah di sekitar Bandar Benut di sini, kelmarin.



Suspek berusia 24 tahun ditahan pada pukul 3 petang menerusi Ops Tapis ketika menginap di sebuah hotel murah.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, ketika serbuan pihaknya menjumpai heroin seberat 56.70 gram (g) dan syabu pula 24.80g.

Antara dadah yang dirampas oleh polis susulan penahanan seorang wanita.

“Nilai dadah yang dirampas adalah RM4,145.50 dan boleh digunakan oleh seramai 407 penagih. Pemeriksaan awal mendapati suspek positif methamphetamine dan mempunyai dua rekod kes dadah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Mohammad Shofee berkata, siasatan mendapati suspek aktif mengedar dadah sejak Jun lalu dan direman selama seminggu sehingga 5 Oktober ini untuk sisatan lanjut di bawah 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button