Didakwa pandu lori bawah pengaruh dadah, sebabkan kematian

Oleh – Syeikh Baran


Didakwa pandu lori bawah pengaruh dadah, sebabkan kematian

Seorang drebar lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian pemandu kereta di Nilai pada 27 September lalu.



Tertuduh, Jimhar Albasar, 30, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Berdasarkan pertuduhan, pada pukul 4.15 petang, 27 September lalu di Jalan Persiaran Negeri tertuduh sebagai pemandu lori Nissan didapati memandu di bawah pengaruh Methamphetamine sehingga menyebabkan kematian wanita berusia 31 tahun.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menetapkan 25 November ini sebagai tarikh sebutan.



Sementara itu di Mahkamah Majistret, Jimhar turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan methamphetamine dalam dirinya.

Kesalahan dilakukan pada pukul 11.55 malam, 27 September lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Nilai.

Majistret Nurul Saqinah Rosli membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan patologi

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button