Suami isteri, rakan dicekup tak sempat edar ganja RM43,700
Oleh – Syeikh Baran
Tiga individu termasuk sepasang suami isteri tidak sempat mengedar dadah jenis ganja bernilai RM43,700 selepas mereka dicekup dalam tiga serbuan berasingan di Rantau Panjang dekat sini pada minggu lalu.
Sepasang suami isteri berusia 20 dan 21 tahun bersama seorang lelaki berumur 22 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan pada 25 September lalu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, suami isteri itu diberkas di tepi jalan Taman Wahyu Gual Nering, Rantau Panjang kira-kira pukul 5.20 petang.
Menurutnya, pemeriksaan terhadap beg plastik dipegang lelaki itu menjumpai 10 bungkusan plastik dengan setiap satunya berisi dadah jenis ganja mampat seberat 882.09 gram yang dianggarkan bernilai RM1,850.
Mohd. Ali memberitahu, pemeriksaan ke atas bungkusan tersebut mendapati ia berisi dadah jenis ganja mampat seberat 13,536 gram yang dianggarkan bernilai RM41,850.
Menurutnya, seorang lagi suspek lelaki ditahan di sebuah rumah di Jalan Power STN Rantau Panjang bagi membantu siasatan berkait kes tersebut.
“Ujian saringan air kencing mendapati suspek yang ditahan dalam serbuan berasingan itu positif dadah dan mempunyai satu rekod lampau kes dadah.
“Selain itu, sebuah kereta jenis Proton Iswara dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 turut disita di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988,” ujarnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE