Boleh saman tunang jika kad jemputan telah dihantar, majlis batal

Oleh – Syeikh Baran


Boleh saman tunang jika kad jemputan telah dihantar, majlis batal

Seseorang individu boleh mengemukakan saman terhadap tunang atau pasangannya jika membatalkan majlis perkahwinan pada saat akhir.



Perkara tersebut dijelaskan oleh seorang peguambela dan peguamcara di TikTok dikenali sebagai Lawyer Gandhi.

Bagaimanapun, perlu ada perjanjian yang jelas antara kedua pasangan tersebut untuk berkahwin contohnya kedua-dua belah pihak sudah menghantar kad jemputan kepada tetamu.

“Antara ganti rugi yang boleh dituntut adalah semua perbelanjaan bagi pertunangan dan juga bagi persiapan perkahwinan.

“Ini termasuk pemulangan mas kahwin dan juga apa-apa hantaran,” katanya.



Tambah peguam tersebut, perjanjian pemungkinan untuk berkahwin boleh dituntut di bawah Mahkamah Syariah dan juga Mahkamah Sivil bagi yang bukan Islam.

Sebelum ini tular di media sosial seorang pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam terpaksa melalui hari yang sangat menyedihkan apabila bakal permaisuri hatinya membatalkan majlis perkahwinan mereka pada saat-saat akhir.

Kisah yang dikongsi melalui akaun Tik Tok @ibumateenanaqi menyaksikan, majlis kahwin yang diadakan di sebuah dewan itu terpaksa dibatalkan di saat akhir dan digantikan dengan majlis doa selamat.

Adam dalam satu siaran langsung malam tadi berkata majlis pernikahannya dibatalkan di saat akhir kerana berpunca daripada pihak ketiga.



Bagaimanapun katanya, pembatalan keseluruhan majlis yang dianggarkan berjumlah RM31,000 itu sudah diketahui pada awal September lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button