Lelaki mabuk cuba pecah pintu kereta wanita

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki mabuk cuba pecah pintu kereta wanita

Seorang wanita di Bengaluru berdepan detik cemas apabila dia diganggu oleh seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh alkohol ketika bersendirian di dalam keretanya, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 



Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @karnatakaportf, lelaki itu dilihat menghampiri kereta tersebut sebelum cuba membuka keempat-empat pintu. 

Bahkan, dia sempat mengetuk tingkap kenderaan dan berpura-pura mahu memecahkannya selepas gagal membuka pintu tersebut. 

Tanpa membuang masa, wanita itu menghidupkan enjin kereta dan segera beredar. 

 

“Seorang wanita yang sedang menunggu berhampiran jambatan Marathahalli diganggu oleh seorang lelaki mabuk,” kata keterangan video tersebut.



Rakaman itu mencatatkan lebih 197,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen. 

“Lelaki macam ini sepatutnya ditangkap!” marah seorang netizen. 

“Bandar ini semakin berbahaya untuk melancong seorang diri meskipun di dalam kereta dan tempat awam,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button