Operasi cari jasad Sabari diteruskan

Oleh – Syeikh Baran


Operasi cari jasad Sabari diteruskan

Operasi pencarian pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke Sungai Padang Terap di Wang Tepus, di sini diteruskan di sepanjang sungai itu hari ini.



Misi pencarian dilakukan dengan menelusuri sungai tersebut menggunakan bot Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Difahamkan, radius pencarian meliputi 13 kilometer (km) dari Jambatan Lubuk Batu ke Jambatan Kepala Batas, dekat sini.

Setakat ini, belum ada perkembangan berhubung pencarian itu.

Polis pada kelmarin mengesahkan Sabari dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.



Operasi pencarian itu dijalankan susulan pengakuan dua suspek berusia 26 dan 38 tahun yang ditahan Jumaat lalu.

Terdahulu, Sabari dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.

Kehilangan warga emas itu disedari anaknya selepas telefon bimbit dimatikan selain terdapat transaksi pengeluaran wang dari akaun bank milik Sabari sebelum kereta Proton Waja dinaiki mangsa ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button