Peminat bola sepak ‘terpukau’ polis ‘cun’ ronda stadium

Oleh – Syeikh Baran


Peminat bola sepak ‘terpukau’ polis ‘cun’ ronda stadium

Peminat bola sepak seperti ‘terpukau’ apabila seorang anggota polis wanita, Gina  Pinzon meronda di Stadium Estadio Olimpico Pascual Guerrero di Cali, Colombia, lapor portal berita Daily Star hari ini.



Pinzon, 28, berkongsi video di Instagram memaparkan dia meronda di hadapan tempat duduk penonton. 

Dalam klip video itu, sejumlah peminat berebut mendapatkan sudut pandangan lebih baik untuk  melihat kecantikan anggota polis wanita itu.

“Jika ‘sinaran’ saya sangat menyakitkan anda, tolong jangan lihat atau anda akan menjadi buta,” kata anggota polis itu.

Seorang peminat kemudian memberikan komen: “Peminat melihat anda lebih daripada permainan (bola sepak).”



Seorang peminat lain mengulas: “Adalah lebih baik melihat polis (Pinzon) berbanding perlawanan bola sepak”.

Video terbarunya dirakam ketika kelab America de Cali menentang La Equidad di stadium itu pada 25 September lalu. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button