Pendakwaraya: Watak Jho Low Bukan Ciptaan

Pendakwaraya Watak Jho Low Bukan Ciptaan

Pendakwaraya: Watak Jho Low Bukan Ciptaan

 

Akhirnya pihak pendakwaraya dalam kes 1MDB akui kewujudan dan peranan Joh Low dalam skandal syarikat tersebut.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Jho Low terbabit dalam banyak transaksi membabitkan syarikat pelaburan strategik negara itu.



“Low Taek Jho, dia ini bukan watak rekaan.”

“Dia dikenal pasti oleh saksi (pendakwaan) melalui gambar (yang dikemukakan dimahkamah).”

“Dia orang betul-betul.”

“Ada di mana-mana dalam kes ini dari awal hingga akhir.”



“Terbabit dalam banyak perkara dan banyak transaksi.”

“Dia ada dalam gambar bersama DS Najib dan juga Tarek Obaid (eksekutif kanan Petrosaudi International).

“Juga bersama Putera Turki (dari Arab Saudi) dan Rosmah,” akui beliau.

Ahmad Akram berkata bekas Pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh ketika memberikan keterangan, memberitahu beliau nampak Jho Low keluar masuk dari pejabat DS Najib.



Bakke malah memberikan keterangan bahawa dia bercakap dengan DS Najib melalui telefon yang diserahkan oleh Jho Low.

Pegawai Khas DS Najib, Amhari pula berkata, beliau sering melihat Jho Low di rumah bekas perdana menteri itu di Langgak Duta.

Pendakwaan berkata, jika DS Najib diletakkan di hadapan cermin, maka akan terlihat Jho Low dan begitu juga sebaliknya.

Agak pelik hujah yang dibawa oleh pihak pendakwaan kali ini.



Apakah selama ini pihak pendakwaan menganggap kewujudan Jho Low hanyalah sekadar halisinasi?

Pihak polis sudah pun mengeluarkan permintaan supaya Interpol menyenaraikan nama Jho Low di dalam Red Notice Interpol.

Adakah itu boleh dianggap sebagai halusinasi pihak polis mengenai kewujudan Jho Low?

Mungkin sekarang pihak pendakwaan baru sedar bahawa kewujudan Jho Low bukan halusinasi.



Tetapi mengapakah Jabatan Peguam Negara tidak menangguhkan pendakwaan kes 1MDB?

Bukankah pihak pendakwaan sendiri akui Jho Low terbabit dalam banyak transaksi 1MDB?

Ini membawa maksud, yang melakukan penyelewengan adalah Jho Low dan bukannya DS Najib.

Kenapa pula DS Najib yang didakwa dan bukannya Jho Low?



 

Pendakwaraya: Watak Jho Low Bukan Ciptaan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button