Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah

 

Sememangnya dari mula kita sudah menjangkakan, kerjasama antara UMNO dan DAP tidak akan mendapat jalan yang mudah.

Berdekad lamanya, pemimpin dan akar umbi UMNO diindoktrinasikan oleh Dr Mahathir bahawa sekiranya DAP berkuasa, Melayu akan terancam.



Proses indoktrinasi itu lebih mudah ditanam dalam minda pemimpin dan akar umbi UMNO dengan sikap beberapa pemimpin DAP sendiri.

Prinsip dan asas perjuangan kedua-dua parti yang memfokuskan kepentingan bangsa sendiri sudah membuka jalan pemisah.

Namun atas semangat kerjasama dan mahu menyelamatkan negara yang tidak berkerajaan selepas PRU 15, perbezaan tersebut diketepikan sementara.

Selepas PRU 15, berlaku beberapa insiden yang menimbulkan ketegangan yang berpunca dari kelantangan pemimpin sayap parti.



Bermula dari isu kalimah Allah di stoking dan kemudiannya isu Sijil Halal, ketegangan semakin memuncak.

Malah, ketika menghadapi kempen pilihan raya kecil Mahkota, kedua-dua parti masih gagal mengendurkannya secara tuntas.

Tuduh menuduh dan kata mengata masih berterusan di antara beberapa pemimpin dari kedua-dua parti.

Kita bersetuju dengan kebimbangan yang dizahirkan oleh veteran UMNO.



Setiausahanya, Mustapha Yaakub berkata, sekiranya ketegangan tersebut tidak dikendurkan segera, dibimbangi jodoh Kerajaan Perpaduan tidak panjang.

“Sekiranya pergeseran ini berterusan maka ia akan memberi kesan.”

“Terutama kepada persediaan menyiapkan strategi bagi menghadapi PRU ke-16 nanti.”

“Kami bimbang jika keadaan ini tidak terkawal maka jodoh kerjasama kerajaan perpaduan sekarang tidak panjang.”



“Perlu dingatkan bahawa kerjasama ini amat rapuh.”

“Jika hantukannya kuat maka tidak mustahil ia akan pecah berderai,” jelas beliau.

Kita akui, sekiranya UMNO mengambil keputusan untuk keluar atau dikeluarkan dari Kerajaan Perpaduan, kerajaan tidak tumbang.

Tetapi Pakatan Harapan mesti akui, sama ada suka atau tidak, mereka tetap perlukan UMNO sekiranya masih mahu berada di Putrajaya selepas PRU 16.



Benar, dalam PRU 15, UMNO hanya memenangi 26 kerusi parlimen.

Tetapi mood dan sentimen orang Melayu sekarang ini berbeza dari mood dan sentimen mereka sebelum PRU 15.

Pilihan ditangan masing-masing, buatlah pilihan yang bijak.

 



Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button