PN: Azmin Punca Kekalahan Di Mahkota

PN Azmin Punca Kekalahan Di Mahkota

PN: Azmin Punca Kekalahan Di Mahkota

 

Dua pemimpin Perikatan Nasional mendakwa, Azmin Ali telah menyumbang kepada kekalahan gabungan itu dalam PRK Mahkota, baru-baru ini.

Seorang pemimpin PPBM yang enggan dinamakan berkata, Azmin tidak melakukan tugasnya dengan baik dalam menggemblengkan jentera gabungan itu.



“Azmin tidak menguruskan atau menyelaraskan jentera pilihan raya dengan sebaiknya.”

“Akibatnya, mereka tidak datang.”

“Pusat operasi PN tidak berkomunikasi dengan jentera luaran ketika melaksanakan kempen,” kata beliau, merujuk kepada petugas pilihan raya gabungan itu di luar Johor.

“Satu lagi kesilapan dilakukan Azmin yang juga ketua penerangan PN, adalah apabila bergantung kepada orangnya sendiri.”



“Hanya percaya kepada ahli PPBM yang sehaluan dengannya.”

“Sekiranya jumlah pengundi lebih tinggi, hasilnya mungkin tidak seteruk ini.”

“Dengan strategi yang betul, mereka mampu menggerakkan lebih ramai orang.”

“Azmin sepatutnya menarik pemimpin komponen lain untuk berkempen bagi calon PN,” jelas beliau lagi.



Sumber berkenaan mengakui PN menjangka kalah dalam PRK Mahkota, namun bukanlah seteruk itu.

Sementara itu, seorang ahli majlis pimpinan tertinggi PN berkata, kekurangan jentera pilihan raya betul menjadi punca kekalahan itu.

Beliau yang bersetuju dengan pemimpin PPBM tersebut berkata, tidak mudah untuk bekerjasama dengan Azmin.

Beliau hanya berbuat demikian bersama individu rapat dengannya.



“Sepanjang kempen anda hanya melihat mereka yang sealiran dengan Azmin hadir pada kebanyakan masanya.”

“Mereka dalam dunia mereka sendiri apabila cuma bergabung tenaga dengan orang paling rapat sesama mereka.”

“Tidak ramai ahli PPBM dilihat ketika itu.

“Manakala PAS juga tidak kelihatan kerana tidak begitu popular di kawasan itu, yang mempunyai penduduk majmuk.”



“Lagipun tiada sesiapa yang benar-benar menunjukkan semangat kempen kerana menjangka kerusi itu sukar dimenangi.”

“Keputusannya mungkin berbeza sekiranya orang lain dipilih untuk mengetuai kempen PN di Mahkota,” tegas beliau.

Kita tunggu komen Azmin mengenai dakwaan yang dibuat oleh pemimpin Perikatan Nasional tersebut.

 



PN: Azmin Punca Kekalahan Di Mahkota

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button