Tahun Melawat Uzbekistan 2024
Tahun Melawat Uzbekistan 2024
Mahkamah Sesyen telah menolak permohonan Muhyiddin Yassin mendapatkan pasport untuk menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-52 di Uzbekistan.
Hakim, Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati alasan Muhyiddin mahu mendapatkan dokumen perjalanan sementara itu sebagai tidak munasabah.
Beliau berkata, Muhyiddin selaku pemohon berpeluang untuk bercuti atau meraikan sambutan di mana sahaja tetapi bukan di luar negara.
“Mahkamah mendapati permohonan itu tidak wajar untuk dibenarkan.”
“Kerana pemohon masih boleh menjalani kehidupan atau menjalankan tugas seperti biasa,” kata Azura.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat membantah permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan kembali pasportnya.
Beliau menyifatkan, alasan bercuti ke luar negara dan mahu berehat serta menyambut ulang tahun perkahwinan sebagai tidak mustahak.
Noralis berkata, tertuduh perlu mempunyai alasan yang munasabah, mendesak atau kritikal untuk mendapatkan dokumen terbabit.
“Alasan mahu bercuti di luar negara kerana tertekan dengan pertuduhan di mahkamah terutama pertuduhan di bawah Akta Hasutan adalah sangat remeh.”
“Sedangkan sambutan ulang tahun perkahwinan dan percutian boleh dibuat di Malaysia,” kata Noralis.
Manakala, peguam Muhyiddin, Hisyam Teh Poh Teik berkata, anak guamnya akan bertolak ke Uzbekistan pada Jumaat dan kembali semula ke tanah air, 12 Oktober.
Menurutnya, Muhyiddin tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri.
Kerana beliau merupakan presiden sebuah parti politik.
“Beliau perlu menghadiri sidang parlimen yang dijadualkan berlangsung dari 14 Oktober hingga 12 Disember ini.”
“Maka, anak guam saya akan memulangkan pasport kepada mahkamah ini menjelang hari pertama sidang Parlimen itu,” kata beliau.
Ada khabar angin yang mengatakan, tujuan Muhyiddin mahu ke Uzbekistan adalah kerana mahu berjumpa dengan menantu beliau, Adlan Berhan yang hidup dalam pelarian.
Namun tidak pasti sejauh manakah kesahihan berita tersebut.
Tetapi sesuatu yang sudah pasti adalah Cuti Cuti Uzbekistan 2024 tidak akan meriah tanpa kehadiran Muhyiddin.
Tahun Melawat Uzbekistan 2024
Di Syorkan Untuk Anda:
- Perangkap Yang Tidak Di Sedari
- Memahami Lebih Baik Dari Di Fahami
- Pemangku Sultan Johor Sahkan Tindakan Sudah Di Ambil