Kalau Tak Mampu Jadi Garam, Jangan Jadi Langau Yang Membusukkan

Kalau Tak Mampu Jadi Garam, Jangan Jadi Langau Yang Membusukkan

Kalau Tak Mampu Jadi Garam, Jangan Jadi Langau Yang Membusukkan

 

Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan Tun Faisal tampilĀ sebagai jurucakap sekumpulan 96 ibu bapa yang ditahan dalam operasi terhadap GISBH.

Beliau mendakwa mewakili beberapa ibu bapa kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Pulangkan Anak-Anak Kami (GPAAK).



Mereka menuntut supaya kerajaan memulangkan anak-anak yang kini ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Tun Faisal mendakwa tindakan polis menahan mereka dalam Op Global tidak sah.

Ini adalah kerana 96 ibu bapa ini tiada sebarang kaitan dengan GISBH.

Beliau juga menuntut kerajaan segera memulangkan sebanyak 174 anak-anak yang kini dalam jagaan JKM.



Tun Faisal mendakwa mereka dirampas dan disembunyikan secara tidak sah dari segi undang-undang.

“Kami nak tegaskan di sini bahawa penahanan 96 ibu bapa adalah tidak mengikut undang-undang.”

“Bukan semua ibu bapa ini ahli GISBH.”

“Dan bukan semua anak-anak ditahan di rumah amal.”



“Ada yang ditahan di rumah sendiri.

“Kami nak kerajaan segera memulangkan anak-anak ini.”

“Anak-anak mereka bukan diselamatkan, tapi dirampas oleh pihak penguatkuasa.”

“Sebahagian besar daripada 96 ibu bapa yang ditahan oleh polis bukan ahli GISBH.”



“GPAAK mendapati 80 peratus daripada ibu bapa ini bukan ahli GISBH dan hanya lebih kurang 20 peratus ahli GISBH.”

“Daripadanya 49 tiada kaitan dengan GISBH.”

“Dalam kalangan 51 peratus yang mempunyai kaitan dengan GISBH pula sejumlah besar adalah staf syarikat persendirian atau program bimbingan GISBH.”

“Yang lain adalah tenaga pengajar sekolah, staf GISBH, penjaga pusat penjagaan dan sukarelawan GISBH.”



“Kesemua 96 ibu bapa ini mempunyai sijil perkahwinan yang sah.”

“Mendaftarkan kelahiran anak-anaknya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” dakwa beliau.

Jangan Jadi Langau Yang Membusukkan Daging

 

Pada pandangan penulis, tindakan Tun Faizal adalah lebih condong untuk mendapatkan populariti politik.



Kita akui, ada antara ibubapa tersebut tidak terlibat dengan GISBH.

Tetapi yang ditahan adalah anak mereka yang terlibat secara langsung dan bukan ibubapa mereka.

Lebih menghairankan lagi, apakah selama ini ibubapa tersebut tidak sedar anak mereka hilang hingga lupa untuk membuat laporan polis.

Pihak berkuasa sedang berusaha keras untuk memulihkan akidah kanak-kanak tersebut.

Tetapi Tun Faizal sibuk mencari populariti politik dengan memperalatkan ibubapa kanak-kanak tersebut.

Kalau tak mampu menjadi garam, janganlah pula Tun Faizal menjadi langau yang membusukkkan daging.

 

Kalau Tak Mampu Jadi Garam, Jangan Jadi Langau Yang Membusukkan

 

Temui Kami:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button