GISBH Kecam Sidang Media Tun Faizal

GISBH Kecam Sidang Media Tun Faizal

GISBH Kecam Sidang Media Tun Faizal

 

Sebelum ini, Tun Faizal mendakwa beliau menjadi jurucakap kepada Gerakan Pulangkan Anak-Anak Kami (GPAAK).

Dalam sidang media yang diadakan, Tun Faizal mendakwa kerajaan bukan menyelamatkan kanak-kanak GISBH.



Tetapi beliau menuduh kerajaan telah merampas kanak-kanak tersebut dari ibubapa mereka yang sah.

Tun Faizal juga mendakwa, tidak semua ibubapa dari 96 kanak-kanak tersebut adalah anggota GISBH.

Ada antara mereka yang tidak ada kaitan langsung dengan aktiviti GISBH.

Tetapi ternyata apa yang didakwa oleh Tun Faizal adalah tidak benar.



 

Menurut sebuah video klip yang disiarkan menerusi Tiktok milik @gelombangperpaduan, ada antara ibubapa yang hadir dalam sidang media tersebut adalah ahli GISBH.

Sekiranya benar, Tun Faizal mesti berikan penjelasan mengenai pendedahan tersebut dan apakah tujuan sidang media yang diadakan.

Lebih mengejutkan lagi, apabila pihak GISBH sendiri mengecam sidang media yang Tun Faizal adakan.



“Kami merayu semua NGO, persatuan, ahli politik, para profesional dan individu yang tidak dilantik oleh GISBH supaya menghentikan sebarang polemik.”

“Perdebatan dan sebagainya yang boleh menimbulkan rasa tidak senang mana-mana pihak, termasuk pihak berkuasa.”

“Kami merayu agar kerajaan dan pihak berkuasa melibatkan mereka dalam sebarang urusan melibatkan pengurusan anak-anak ahli GISB yang kini ditahan.”

“Kami akan mematuhi segala peratuan yang diarahkan,” menurut jurucakap sah yang dilantik pihak GISBH, Rosli Kamaruddin.



Jelas sekali Tun Faizal tidak dilantik oleh pihak GISBH untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau sidang media yang melibatkan GISBH.

Serta sangat jelas, fakta yang dikemukakan oleh Tun Faizal dalam sidang media tersebut adalah fakta yang tidak benar.

Adalah lebih baik Tun Faizal tidak mencampuri urusan kes GISBH yang kini sedang ditangani oleh pihak berkuasa.

Tidak perlu mengambil kesempatan atau cuba menangguk di air yang keruh dari kes tersebut untuk mendapatkan populariti politik.



 

GISBH Kecam Sidang Media Tun Faizal

 

Temui Kami:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button