Kemunafikan Politik Perikatan Nasional

Kemunafikan Politik Perikatan Nasional

Kemunafikan Politik Perikatan Nasional

 

Pemimpin Perikatan Nasional, terutamanya dari PAS dan PPBM memang dikenali dengan kegemaran bermain dengan teori konspirasi.

Setiap kesempatan yang ada akan digunakan dengan sebaik-baiknya.



Modus operandi mereka mudah.

Pemimpin akan memberikan isyarat dengan memulakan isu yang biasanya bukan isu.

Tetapi di dalam keghairahan mereka untuk memainkan isu, seringkali mereka lupa atau tidak membuat rujukan.

Kerap kali dapat kita lihat, isu yang mereka mainkan, akhirnya memakan diri sendiri.



Apabila isyarat sudah diterima dari pemimpin, cybertrooper berbayar akan menyebarkannya di laman media sosial.

Kemudian, cybertrooper yang tidak berbayar yang terdiri dari penyokong mereka akan menyambut dengan menjadi lidah penyebar berita tanpa mengetahui hujung pangkal cerita.

Sebagai contoh, baru-baru ini, Pulau Pinang menerima kunjungan 3 buah kapal perang dari negara China.

Pelbagai cerita direka dengan harapan naratif kerajaan sekarang sedang menerima ideologi komunisme dari China dapat disebarkan.



Kebetulan pula, sebelum itu tular berita mengenai pencerobohan kapal perang dari China di perairan negara.

Dikaitkan dengan berita kunjungan kapal perang China dan dicipta kebimbangan kononnya kedaulatan negara kini terancam.

Ditimbulkan persoalan, mengapa kerajaan masih lagi menerima dengan mesra kunjungan tersebut sedangkan perairan negara sudah dicerobohi.

Memang menarik plot cerita yang dimainkan oleh Perikatan Nasional.



Tetapi yang mereka lupa adalah, kunjungan kapal perang dari negara luar bukanlah perkara yang asing.

Pada bulan Mei, Amphibious Squadron 5 Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) melakukan pendaratan dengan kapal USS Sommerset.

Latihan ini berlangsung dari 29 Mei 2024 hingga 6 Jun 2024 di Kuantan dan Kuala Terengganu.

Bukankah Terengganu adalah negeri pentadbiran PAS?



Kemudian Armada Pasifik Tentera Laut Rusia berlabuh di George Town dari 14 Oktober 2024 hingga 17 Oktober 2024.

Tidak cukup dengan itu, pada 15 Oktober 2024, dua kapal Tentera Laut Jerman berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang.

Persoalannya, antara China, Rusia, Amerika Syarikat dan Jerman, negara manakah yang banyak bekalkan senjata kepada Israel?

 



Kemunafikan Politik Perikatan Nasional

 

Di Syorkan:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button