Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO

Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO

Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO

 

Isu menghapuskan hutang PTPTN terus menjadi polemik bukan sahaja di kalangan peminjam, malah di kalangan pemimpin politik.

Sejak tahun 2012, pemimpin Pakatan Harapan yang ketika itu adalah Pakatan Rakyat berjanji untuk menghapuskan hutang PTPTN sekiranya mereka berkuasa.



Malah Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah Ketua Pembangkang pernah berkata, PTPTN akan dihapuskan dalam masa setahun sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa.

Beliau berkata begitu dalam ceramah politik di hadapan 10,000 orang di parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Skim pinjaman itu akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar.

Tetapi kini, setelah Pakatan Rakyat yang dijenamakan semula sebagai Pakatan Harapan mengakui adalah mustahil untuk menghapuskan hutang PTPTN.



Perkara ini diakui sendiri oleh Wan Saiful Wan Jan yang menulis manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum ke 14.

Wan Saiful dari PPBM, ketika itu merupakan salah satu komponen Pakatan Harapan.

Beliau secara terbuka telah meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi janji dalam buku manifesto Pakatan Harapan.

Beliau yang telah dilantik sebagai Pengerusi PTPTN selepas PRU 14 berkata, agensi itu cuba mencari mekanisme terbaik untuk merealisasikan manifesto Pakatan Harapan, namun gagal.



Ia termasuk tuntutan rakyat supaya kerajaan melaksanakan janji.

Untuk menangguhkan pembayaran hutang PTPTN kepada mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000.

Jadi, adalah tidak salah apabila Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal berkata baru sekarang Pakatan Harapan faham mengapa PTPTN tidak boleh dihapuskan.

Namun peringatan dari Dr Akmal telah dibidas oleh Ketua Pemuda PAN (Amanah), Mohd Hasbie Muda.



Beliau mendakwa, Pakatan Harapan tidak pernah berjanji untuk menghapuskan hutang PTPTN.

“PH wujud pada tahun 2015 dan setakat ini, PH baru keluarkan dua manifesto.”

“Iaitu untuk PRU ke-14 pada 2018, dan untuk PRU ke-15 pada 2022,” kata beliau.

Persoalannya, adakah pemimpin Pakatan Rakyat dahulu dan pemimpin Pakatan Harapan sekarang adalah individu yang berbeza?



 

Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button