Anthony Loke Mendahului Keputusan Mahkamah?
Anthony Loke Mendahului Keputusan Mahkamah?
Ketika ditanya oleh wartawan mengenai permohonan maaf DS Najib, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ianya tidak bermakna.
“Permohonan maaf DS Najib dalam isu skandal 1MDB tidak memberikan sebarang makna kerana ia telah diputuskan oleh mahkamah.”
“Ini bukan soal terima apa-apa permohonan maaf.”
“Dengannya (permohonan maaf) atau tidak jenayah tetap jenayah.”
“Dia telah pun disabitkan, dan dibuktikan oleh mahkamah.“
“Dia didapati bersalah.“
“Itu adalah fakta.“
“Jadi pada saya, permohonan maaf itu tidak bawa apa-apa makna,” kata Anthony Loke.
Kenyataan yang keluar dari mulut Anthony Loke adalah dianggap sebagai pendirian rasmi parti DAP.
Ianya tidak boleh dianggap sebagai pendapat peribadi memandangkan Anthony Loke adalah pemimpin tertinggi DAP.
DAP mempunyai hak untuk menyatakan pendirian mereka dalam sesuatu isu dan kita menghormatinya.
Tetapi kenyataan yang dibuat oleh Anthony Loke adalah sangat jelas sudah mendahului keputusan mahkamah.
Kita bercakap mengenain kes 1MDB dan bukannya kes SRC kerana permohonan maaf DS Najib adalah berkaitan kes 1MDB.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hanya akan membuat keputusan sama ada DS Najib akan dipanggil bela diri atau tidak pada hari Rabu bersamaan 30 Oktober ini.
Dalam artikata lain, mahkamah belum lagi membuat keputusan sama ada mahu memanggil DS Najib membela diri atau pun tidak.
Sekiranya mahkamah memanggil DS Najib untuk membela diri, sabitan kesalahan belum lagi diputuskan.
Kerana keputusan memanggil OKT membela diri bermaksud, mahkamah mendapati ada kes prima facie terhadap tertuduh.
Tidak mustahil selepas penghujahan pihak pembela, keputusan mahkamah akan berpihak kepada DS Najib.
Tetapi Anthony Loke mengatakan:
- Dia telah pun disabitkan, dan dibuktikan oleh mahkamah.
- Dia didapati bersalah.
- Itu adalah fakta.
Ianya sangat jelas telah mendahului keputusan mahkamah dan boleh dianggap sebagai cuba mempengaruhi keputusan mahkamah atau menghina mahkamah.
Sekali lagi penulis mengingatkan, kita bercakap mengenai kes 1MDB dan bukannya kes SRC.
Apa sebenarnya yang tersirat di sebalik dari yang tersurat!!!
Anthony Loke Mendahului Keputusan Mahkamah?
Di Syorkan Untuk Anda:
- PPBM Parti Terpaling Demokratik Di Malaysia
- Kenyataan RSN Rayer Dan AMK Boleh Menggugat Kerjasama Kerajaan Perpaduan
- Parti Nyamuk Seperti PEJUANG Jangan Bersikap Lebih Sudu Dari Kuah